Mulai dikenali sebagai Persatuan Pegawai Gred 7 Hasil Dalam Negeri Malaysia dan ditubuhkan secara rasmi pada 29 September 2008. Pada mesyuarat agung pertama Persatuan yang diadakan pada 21 Julai 2009, usul untuk membuka keahlian kepada semua gred pengurusan dan professional bermula dari Gred 6 dan ke atas telah diluluskan oleh semua ahli.

Usul ini dikemukakan adalah untuk menyahut saranan pengurusan atasan LHDNM dan ekoran perubahan struktur dan perjawatan LHDNM secara berperingkat mulai tahun Mac 2009. Dengan kelulusan tersebut Persatuan kini dikenali sebagai Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia atau ringkasnya EXEC dan terbuka kepada semua pegawai-pegawai kumpulan pengurusan dan professional teknikal dan bukan teknikal.

Jumlah keahlian Persatuan EXEC sehingga 30 Mac 2010 adalah seramai 1000 orang dan 1800 pada Disember 2012. Keahlian EXEC dijangka akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Go to top